Skip to main content

Posts

Menjelajah Utara Perak

Recent posts

22 Tahun + Titik Hitam

Aku tak pasti apa yang menuntut aku untuk menulis pada waktu begini. Mungkin sebab aku perlu teman bicara tatkala mereka yang lain sedang terbenam kepalanya di atas bantal empuk. Mata yang menolak untuk lelap telah mewujudkan sebuah pesta pada minda. Yang pasti bukan pesta sukaria!
Kadang aku bertanya sebab tidak puas hati sehingga aku mempersoalkan takdir! Kenapa pada lewat usia muda begini, aku dah merasa pelbagai dugaan. Dalam usia 20an, aku terpaksa menyeret dan memacu minda untuk bertindak menjadi orang dewasa yang luar biasa kedewasaannya! Dugaan demi dugaan aku hadapi. Aku tidak pasti, adakah wujudnya seorang makhluk yang telah mengikat kontrak dengan makhluk lain untuk mempersendakan hidup aku? Atau adakah aku seorang yang kuat, sebab itulah aku diuji begini? Sebab aku rasa hidup aku seakan pementasan drama swasta yang penuh dengan emosi atas arahan seorang pengarah! Kalau betul begitu kehidupan aku, come on si pengarah show your bloody face to me!
Pernah tak korang rasa, ada…

Panaskan Enjin

Hampir sepuluh minit menghadap laptop, nampaknya aku dah tak layak lagi nak menulis di blog. Aku tak tahu nak mulakan dari mana. Susah gila alahai nak muntahkan segala cerita dan fikiran di sini. Lama juga tidak menjenguk blog. Macam biasa. Alasan cliche, busy! Orang lain pun busy. Mengada je tau -_-" Eh, ada lagi tak orang yang menggunakan emoticon seperti ini -_-" ini :P ini :D atau ini :( Biasa lah 90 babies ni. We are not babies anymore. Nampak sangat dah tak relevan. Biorla generasi muda yang memacu negara kita. Haha tetiba pulak. Tak tahu nak kata apa dah. Cuma aku nak zaman aku menaip dengan hati kembali semula. Dulu, everyday aku akan up satu entry. Aku suka menaip. Bercerita. Meski ku rapuh, dalam langkah kadang tak setia kepadamu. Eh? Haha. Ye lah, bukan ada orang pun yang baca. Aku menulis dengan syok sendiri. Aku nak saat itu muncul semula. nak menulis di atas kertas, den malas. Dunia dah maju dek, marilah kita bersama-sama manfaatkan teknologi yang ada. Cingggg…

Selamat Kembali Ke Sekolah :)

Bila berada di sekolah rendah kemain angan nak dara cepat, boleh masuk sekolah menengah. hihi. Tengok akak abang di sekolah menengah boleh bercinta bagai. Dulu, masa di sekolah rendah aku selalu jadi posmen berbayar. Hantar surat cinta akak kepada abang. Sepucuk surat, 20sen. Mereka selit surat dalam buku teks, buku kerja, buku latihan, majalah atau buku lagu. Siap bubuh bedak kasi wangi wangi. Kadang-kadang aku jahat tau! Aku bole singah kejap beli eskrim sambil baca surat mereka, Kelako! Masa sekolah rendah hidung masih berhingus. Ada hati nak kapel dengan budak main bola. Damn! Pernah kapel dengan budak main bola. Kecik kecik dah gatal nak mampus. Hahahaha. Lawak gilo babi! Itu zaman sekolah rendah.
NOOB. Buahahahaha -_-"
Melangkah ke sekolah menengah, masih hanyut dibuai alam remaja. Sekolah menengah lah tempat yang penuh pancaroba. Malaikat dan sehtan berebut rebut nak menarik kita. Amboii! Espcially tingkatan 1. Beragam kawan ditemui. Kalau silap pilih kawan, siaplah nanti…

Sesat Di Ambang Tahun Baru 2016

5 hari lewat.
Hai 2016! :) Wishing for new energy, new spirit, new hope. Still, the commitments remain the same. Sedih.
3 tahun menyambut tahun baru berjauhan dengan keluarga. Tapi itu tidak menghalang aku untuk melangkah ke tahun yang baru ini dengan keyakinan! perrggghhh, berkecai raga statement tak bole blah sangat. Actually, mood new year tak in sangat sebab time ini kami tengah bahagia dengan final exam. Nasib badan ini bertuah punya! 31hb takda paper pulaks. ihiks. Jadi, macam biasa kawan ajak berjimba. So? Marilah mari, kita berpeleseran. Berperang juga nak mencari kereta sewa. Last-last dapat kereta alza. Huntunglaaaaa kayaaaaaaa 

First time in my life celebrate new year eve di dalam panggung wayang! Dapat tak korang bayangkan, tengah-tengah orang lain terkinja-kinja di luar menyaksikan percikan bunga api, makan besar, yam seng dengan keluarga dan sahabat handai, kami pula mendongak ke atas melihat skrin demi menonton Dilwale -_-" Dapat tak bayangkan? krikkk kriiikk kriii…